Selasa, 30 November 2010

Utama » , » [PROMO] Kerajaan Cinta

[PROMO] Kerajaan Cinta

Assalamualaikum..lama dah tak update entri dalam Rastudio Management.. Sibuk atas urusan kerja rasmi + kesihatan yang tak begitu baik + menyiapkan kertas² kerja dan planning untuk 2011.. Alhamdulillah ada yang dah bermula awal dan ade yang perlu diperbaiki.. 





Memandangkan hujung tahun semakin dekat, ade beberapa perkara yang perlu diuruskan segera.. caiyok.. dan penilaian untuk 2010 perlu segera dibuat.. So.. kembali kepada topik a.k.a tajuk entri kali ni.. Alhamdulillah, Rastudio Management diberi kepercayaan oleh seorang munsyid dari Bandung, Indonesia iaitu Dodi Hidayatullah untuk mempromosi & menjalankan pengurusan buat single terbaru beliau "KERAJAAN CINTA" yang berduet bersama Mizan.. 


Kalau baca pada tajuk mesti semua fikir ini lagu jiwang.. erm.. sebenarnya tidak.. Lagu mengisahkan tentang Kecintaan kepada ALlah S.W.T.. InsyaALlah, Rastudio Management akan sediakan Pra-Dengar buat kalian semua.. 

InsyaALlah, dalam perancangan juga, ALAN di bawah pengurusan kami akan mengadakan perbincangan untuk melahirkan single terbaru beliau yang dicipta beliau sendiri.. Nantikan juga ok.. Serta pihak Rastudio Management sedang dalam 2 proses yang masih berjalan :
  1. Jelajah Pencarian RAST
  2. Peluang Menjadi Penasyid / Group di bawah Rastudio Management
Kerajaan Cinta sudah mula dimainkan di radio² online seperti NasyidFM serta Cahaya.FM dan InsyaALlah lagu ini akan dapat didengar melalui radio² yang lain seperti IKIM.FM yang bakal diserahkan untuk proses penelitian. Doakan yer..

Kami mengharapkan sokongan kalian semua agar Rastudio Management terus kekal bersama dalam "perjalanan" dakwah industri nasyid..

Untuk bersama kami bagi mendapatkan info² lanjut boleh terus ke Facebook kami di SINI ..
blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...