Rabu, 8 Disember 2010

Utama » , » [PROFILE] Dodi Hidayatullah

[PROFILE] Dodi Hidayatullah

Assalamualaikum.. Entri kali ini Rastudio Management nak berkongsi sedikit tentang salah seorang artis di bawah pengurusan kami di Malaysia.. Dodi Hidayatullah, satu nama baru yang muncul dalam industri nasyid Malaysia.. Sebenarnya Dodi Hidayatullah yang berasal dari Bandung Indonesia ini sudah dikenali di tempat kelahiran beliau dimana beliau menganggotai kumpulan nasyid NAHAWAN.. Jom kita baca serba serbi tentang beliau :





Dodi Hidayatullah di lahirkan pada 30 September 1986 di kampung Maruyung Cipinang Cimaung.. Ibu beliau bernama Ai Darmanah dan ayah beliau bernama Ruhiyah.. Beliau mendapat pendidikan di MA Al Huda Pamengpeuk dan di Politeknik Islam Al Islam dalam bidang Management Hospital.. 

Dodi Hidayatullah mula dikenali menerusi lagu / soundtrack yang beliau cipta sendiri dari sebuah novel karya rakyat Malaysia, Nurul Halawati.. Dodi Hidayatullah kemudiannya muncul dengan single terbaru berduet bersama artis baru iaitu Mizan dalam lagu Kerajaan Cinta yang dipromosikan oleh pihak Rastudio Management di Malaysia..

Moga dengan kerjasama yang dijalinkan, Industri nasyid kedua-dua negara akan meriah kembali.. Kami tinggalkan dengan lagu Stanza Cinta, nyanyian Dodi Hidayatullah..


blog comments powered by Disqus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...